Vitamin untuk tumit kaki merekah

Cuba lihat tumit kaki anda sebentar. Adakah ia,

(1) Lembut, licin, dan kemerah-merahan? ATAU,
(2) Kasar, merekah dan kehitam-hitaman di garisan yang pecah?

Kerapkali saya bertemu dengan rakan wanita yang lawa rupanya, licin kulit mukanya, dan cantik penampilannya, namun, apabila kita lihat tumit kakinya, nampak kulit itu merekah dan pecah. Ada kala diiringi dengan warna kehitam-hitaman yang kurang menyenangkan mata, walhal rakan ini masih muda belia.
*image googled*
Benar, sebagai Muslim kita perlu menutupi bahagian tersebut dari pandangan umum, tetapi, tidak mahukah kita cantik buat suami, atau sekurang-kurangnya cantik dan sihat untuk diri sendiri? Ini kerana, jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, adakalanya kawasan rekahan ini akan bertambah teruk sehingga berdarah.

Apakah penyebab tumit kaki merekah atau pecah-pecah ini?

Ia ialah masalah kaki yang biasa, disebabkan oleh kulit tumit yang kering, dan akan lebih teruk apabila kulit di bahagian tumit ini tebal berbanding biasa. Ia menyebabkan si empunya kaki merasa sakit untuk berdiri dan adakalanya menyebabkan pendarahan di tumit. Keadaan ini juga dikaitkan dengan kekurangan Kalsium, Magnesium, Zat Besi dan Vitamin-E*Source.

Faktor-faktornya ialah:

(1) Berdiri terlalu lama.

(2) Terlebih berat badan.

(3) Memakai kasut yang terbuka di bahagian tumit (open back shoes).

(4) Masalah kesihatan yang menyebabkan kulit menjadi kering, contohnya kencing manis (Diabetes).

(5) Kesihatan kulit (i.e. psoriasis).

Penjagaan asas untuk luaran:

Untuk penjagaan luaran, anda boleh sahaja membeli berus (untuk menyental sel & kulit mati) dan krim kaki bersesuaian (untuk melembapkan) yang khas untuk penjagaan kaki, terutama tumit kaki. Di Shaklee, anda juga boleh menggunakan Shaklee Herbal Blend Cream.


Penjagaan asas untuk dalaman:

Namun, kecantikan itu datang dari dalam, bukan? Jadi, di samping rawatan luaran, anda perlulah membajai kaki anda dari dalam juga, kerana beauty comes from within!

Di Shaklee, suplemen yang sesuai ialah...


Jika anda konsisten dalam tempoh  14 hari mengamalkan Vitamin E dan ESP anda akan nampak hasilnya. Pastikan anda tahu cara pengambilan yang betul dan  sesuai mengikut keperluan anda untuk memperolehi kesan yang terbaik.


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui Facebook (PM):

Email : linda_najib83@yahoo.com.my
SMS / Call :      017 238 4465

linda najib

Mama kpd dua org hero, isteri kpd suami yg soleh dan penyayang, anak kpd bonda dan ayahdanda yg ohsem dan ingin menjadi..kaya, berjaya, jutawan, hartawan, dermawan yang solehah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan