Lecithin (Vitamin): Ambil sebelum atau selepas makan? sebelum ke selepas???

Salam pagi Khamis...
Ada yg bertanyakan soalan,,,mcm mane cara sebenar makan Lecithin / Supplement Shaklee....Saya pun memulakan aktiviti mencari di manakah jawapannya,,,Alhamdulillah Allah permudahkan ingatan saya,,,baru teringat kisah sebenar kak N iaitu pengasas dlm group Euphoria Shaklee kami,,,mari kita baca dan alami pengalaman sebenar kak N bersama Lecithin dan cara makannya ...Sebelum atau selepas makan,,, Terima kasih kak N,,,, ( Impian akan datang nak g kelas kak N) :)




Lagi satu, penting untuk kita tahu apa yang kita ambil/makan..jangan ikut2 je..penting tau kenal product dulu baru yakin nak guna..dan InsyaAllah, Saya akan cuba update/share sebanyak mungkin info tentang product2 Shaklee ni supaya kita sama2 dapat manfaat dan tahu apa yang kita makan. Kali ni Saya nak share psl Lecithin..memandangkan ramai yang order Lecithin ni, Saya nak sharelah cara makan atau timing yang betul..terima kasih sangat2 kat Kak N sbb pengalaman kak N, kami yang kemudian ni mendapat manfaatnya hehe terimassss

 

 

credit

Selama hampir 10 tahun ibu kenali Shaklee maka selama itu la juga ibu amalkan Lecithin sebelum makan. Zaman belajar kat U dulu tiada masalah sebab dari kolej nak ke Fakulti pun dah 15-20 minit jalan kaki....memang sangat membantu la untuk pembakaran lemak....hehehe. Memang slim. Selepas habis belajar, jogging sekali sekala. Banyak exercise dalam shopping complex....jalan satu Mid Valley pun belum tentu berpeluh sebab aircond kuat. Masa menyusu anak paling best!!!! Makan la apa pun semuanya ditukarkan menjadi susu. Best, memang badan maintain slim.

Tapi lepas tak menyusu....badan mula sedikit comel....huwaaaa. Maka ibu pun pastikan makan Lecithin dengan sangat konsisten. Bayangkan bila nak jalan petang ngan abah, ibu akan makan Lecithin sebelum keluar rumah....kononnya nak block nafsu makan. Tapi ibu notice sebaliknya terjadi. Lepas setengah jam, perut mula memulas bukan nak ke tandas tapi isyarat perut perlu di isi. Ish ni tak boleh jadi. Nanti jika berterusan ianya tanda tak bagus. Sebab ibu perlu kawal selera makan bukan menambah selera.

Namun berkat terbaca surat khabar Mingguan Malaysia ada sesuatu yang menarik perhatian ibu seterusnya menjana idea dalam kepala ini untuk mengatasi masalah diet yang ibu sedang lalui. Dalam artikel kesihatan tersebut menceritakan keperluan enzim dalam tubuh badan manusia. Paling menarik, ada pengetahuan baru yang ibu temui....pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik. Berulang-ulang kali ibu baca untuk memahami statement tersebut....

No wonder la ibu cepat lapar....sebab glukos yang sedia ada dalam badan sangat cepat ditukarkan kepada tenaga maka penyebabnya perut cepat lapar sebab badan perlukan lebih bahan untuk dibakar menjadi tenaga.


Oh TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!! Maka selama ini ibu dah silap sebab makan Lecithin sebelum makan. Bagi ibu yang menyusu memang tiada masalah makan sebelum makan sebab pembakaran lemak akan sentiasa berlaku atas keperluan badan untuk menghasilkan susuibu secara berterusan. Namun bagi ibu yang tidak menyusu badan ditambah kurang exercise adalah sangat bagus makan selepas makan.

Hmm patutlah ibu rasa macam tiada efek je makan Lecithin sebagai fungsi nak slim. Cuma kebaikan yang ketara adalah sangat senang dan lawas bila ke tandas. Sejak dari itu ibu menukar cara makan Lecithin. Makan selepas makan. Bagi orang yang baru mengenali Lecithin ibu cadangkan makan 3 selepas lunch dan 3 selepas dinner. Pastikan air diambil dengan banyak supaya penyingkiran toksin dapat dilakukan dengan lancar dan sangat baik.
----------------------------------------------------------------------------------------------






Nak tahu kelebihan Lecithin? Disini Yea

Berminat nak order supplement Shaklee hubungi saya yea.




Saya adalah pengedar sah Shaklee [id 884781].. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
Maslinda M Najib
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 884781 ]
♥ Contact No | WhatsApp :017 238 4465
♥ Emel : linda_najib83@yahoo.com.my
♥ Laman web: littlesweetyshopmart.blogspot.com

linda najib

Mama kpd dua org hero, isteri kpd suami yg soleh dan penyayang, anak kpd bonda dan ayahdanda yg ohsem dan ingin menjadi..kaya, berjaya, jutawan, hartawan, dermawan yang solehah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan