MILK BOOSTER semulajadi

Menjadi lumrah bagi ibu-ibu yang menyusukan anaknya untuk mendapatkan susu perahan yang banyak, terutama bagi yang bekerja. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang akan datang ni. Jadi makin giatlah aktiviti pengumpulan susu ini di kalangan ibu-ibu.


9 Jenis Makanan Penambah Susu Yang Boleh Didapati Secara Semulajadi 

(1) Daun Alfalfa

alfalfa


Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

(2) Halba @ Fenugreek

fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.


(3) Jintan

jintan


(4) Kurma

kurma

(5) Susu

susu


(6) Keju

mozzarella cheese


(7) Tempe

tempe
Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.



Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja :)



(8) Sayuran Hijau

sayur
Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.



(9) Lobak Putih

lobak putih
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan.

AMALAN WAJIB - KOSONGKAN PAYUDARA! KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.

DOA

Doa menbanyakkan susu ibu:


Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya. Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

*Kredit kepada Vitamin Semulajadi.

Jika anda merasakan sukar untuk mendapatkan kesembilan-sembilan makanan semulajadi di atas, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripda Shaklee.

* Lengkap dengan Protein soya, 12 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semula jadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi)

Maslinda M Najib

Mama kpd dua org hero, isteri kpd suami yg soleh dan penyayang, anak kpd bonda dan ayahdanda yg ohsem dan ingin menjadi..kaya, berjaya, jutawan, hartawan, dermawan yang solehah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan