Resepi Bubur Kacang Hijau Durian



Musim-musim durian ni, pantang anak-anak bau je , semua request nak makan durian.

Sepetang nan indah, semasa mak sedang masak di dapur, Allah hantar rezeki melalui jiran rumah. Kebetulan suami jiran rumah baru pulang dari kampung halaman, jadinya ada la rezeki kami merasa durian kampuang.

Oleh kerana anak-anak dan kami juga mengidam nak makan durian, elok pulak gambar durian baru di post dalam group family mak, eh kita kat KL ni pun merasa tempias nye hehe. Pucuk dicita ulam mendatangla katakan.

Durian yang cantik, alhamdulillah isinya juga cantik, dah makan beberapa ulas, anak bujang request suruh mak masakkan bubur kacang hijau durian kegemarannyn.


So mak nak share la sikit cara-cara nak masak bubur kacang durian versi ciksalmah ni hihi

Bahan-bahannya:

- Durian dalam 8-10 ulas

- 1 kabung gula Melaka ikut rasa

- 200g kacang hijau

- 1 kotak santan KARA, mak suka santan brand ni sebab rasa santan yang asli

- Daun pandan

- 1 inci halia untuk buang angin.



Cara-caranya, dan gambar-gambar semudah 123.

  1. Rebus Kacang Hijau Sehingga Kembang
  2. Sambil-sambil merebus Kacang hijau, boleh cairkan dulu beberapa ketul gula Melaka
  3. Bila kacang hijau dah kembang, boleh masukkan, gula Melaka yang dah cair tadi ke dalam periuk kacang hijau
  4. Masukkan Santan, daun pandan, halia, garam secukup rasa untuk rasa seimbang.
  5. Jangan lupa durian tadi, tak jadi pula resepi kacang hijau duriannya, hihihi
  6. Ok siap untuk dihidang bersama biskut kering dan teh O bujang



Kalau rasa-rasa bermanfaat, boleh la share kat kawan-kawan ya. Selamat Mencuba dan Menjamu Selera.

Maslinda M Najib

Mama kpd dua org hero, isteri kpd suami yg soleh dan penyayang, anak kpd bonda dan ayahdanda yg ohsem dan ingin menjadi..kaya, berjaya, jutawan, hartawan, dermawan yang solehah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan