GDM KETIKA HAMIL BOLEH DI ATASI



Assalamualaikum,,,

Salam sejahtera uolss..sambil2 cik salmah dok tunggu sejuk air susu yg dh di masak utk buat sekerim choki2 ni,,meh la cik salmah nk share info skit, actually cik salmah pun tak pernah tahu dan xpernah nk ambik tahu sehinggalah ada salah sorang customer cik salmah yg dtg mengadu kat cik salmah pasal GDM..almaklom la alhamdulillah dua org anak masa mengandung takde mengalami masalah GDM ni..


Apa tu GDM? Ha info ni yang cik salmah nak share dengan uolls ni.. baca sampai habis tau... boleh share dengan org2 terdekat kita yg mengalami GDM ni.



Apa itu GDM?

GDM ialah Gestational Diabetes Mellitus atau dalam bahasa melayunya Diabetes gestasi. GDM ialah diabetes yang pertama kali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Ia bukan terjadi disebabkan wanita itu sudah menghidapi diabetes sebelum beliau hamil. GDM berlaku akibat dari peningkatan paras gula dalam darah yang dikesan melalui ujian MGTT yang dilakukan semasa pemeriksaan berkala kehamilan. Kebiasaannya semasa trimester kedua kehamilan.


Berapa bacaan paras gula untuk GDM?


Wanita hamil yang mencatatkan paras gula 7.80mmol/L hingga 11.00mmol/L selepas melakukan ujian MGTT dikategorikan sebagai berisiko menghidapi GDM. Manakala bagi wanita hamil yang mencapai bacaan 11.10mmol/L dan keatas pula dikategorikan sebagai pengidap GDM atau diabetes gestasi.


Bagaimana GDM boleh berlaku?


Diabetes terjadi disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi, ataupun insulin tidak berfungsi dengan baik bagi menukarkan gula/glukosa kepada tenaga. Bagi penghidap GDM, insulin mereka tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan hormon yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, progesteron, kortisol dan prolaktin. Kebiasaannya diabetes gestasi akan hilang selepas kelahiran bayi.


Adakah GDM merbahaya dan membawa kesan buruk?

Ya, Terdapat beberapa kesan buruk dan juga komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Perlu diketahui bahawa wanita yang hamil dan menghidapi diabetes gestasi atau GDM adalah merupakan kehamilan berisiko tinggi. Jelas, diabetes adalah sgt merbahaya kepada semua terutamanya ibu hamil.


Tahukah anda ianya berisiko kpd ibu dan anak yg dikandung?




Diabetes adalah salah satu penyakit yang memberi komplikasi yang teruk kepada organ dan anggota badan manusia. Kerana itu diabetes diberi gelaran pembunuh secara senyap.


Diabetes semasa hamil atau GDM juga meninggalkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang dikandung sekiranya gula dalam darah tidak dikawal.


Jom saya kongsikankan apakah kesan kesan buruk yang kemungkinan terjadi kepada mereka yang tidak mengawal GDM semasa hamil.


Kesan Buruk GDM kepada Ibu

1. Hiperglisemia

Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan hiperglisemia. Keadaan ini boleh menyebabkan komplikasi kepada organ dalaman si ibu.


2. Hipoglisemia

Keadaan dimana kurang gula dalam darah hingga menyebabkan badan tidak bertenaga langsung dan boleh menyebabkan ibu hamil tidak sedarkan diri.


3. Keputihan

Menghadapi masalah keputihan dan risiko terkena jangkitan kuman di faraj.


4. Risiko keguguran

Bagi ibu yang mengahadapi GDM, pemantauan rapi sgt diperlukan kerana risiko keguguran adalah tinggi berbanding ibu2 yang tidak ada GDM


5. Polihydraminos

Polihydraminos adalah masalah air ketuban berlebihan.


6. Preeklampsia

Preeklampsia atau hypertensi yang teruk semasa kehamilan juga adalah antara kesan buruk kepada ibu yang menghidapi GDM.


7. Retinopati

Retinopati ialah masalah kerosakan pada saraf mata. Masalah boleh menyebabkan si ibu rabun atau buta jika tidak dirawat segera.


8. Kegagalan buah.

Antara komplikasi uatam bagi pesakit diabetes ialah kerosakan buah pinggang. bagi ibu yang menghidapi GDM juga berhadapan dengan risiko yang sama.


9. Kelahiran melalui pembedahan

Harapan untuk bersalin secara normal adalah sgt tipis untuk penghidap GDM, kandungan adalah sgt berisiko dan kelahiran hanya melalui cesarean atau pembedahan.


Kesan Buruk GDM kepada Bayi


1. Makrosomia

Makrosomia ialah kelahiran bayi dengan berat badan berlebihan.Kelahiran melalui pembedahan juga terpaksa dilakukan disebabkan makrosomia.


2. Intra uterine death


Kematian didalam kandungan.


3. Hipoglisemia

Bayi mengalami hipoglisemia atau kekurangan gula dalam darah.


4. Lemas semasa kelahiran

Lemas semasa ingin dilahirkan hingga kadang kala menyebabkan kecederaan otak. Ini berlaku apabila oksigen tidak dapat dibekalkan ke otak bayi.


5. Dystocia

keadaan dimana kecederaan pada saraf dibahagian bahu bayi.


6. Bayi Jaundis

Bayi akan mudah terdedah kepada jaundis berpanjangan, ketidakseimbangan elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yg rendah.


Bagi ibu dan bayi yang melalui kehamilan GDM, risiko untuk ibu dan bayi mengidapi diabetes selepas kelahiran juga akan menjadi tinggi.

12 minggu pertama, ibu akan diberikan ujian untuk memastikan diabetes gentesi atau GDM sudah benar benar hilang.


Jika anda mengalami masalah GDM ketika mengandung, anda boleh mengamalkan set mengandung Shaklee.

Set Ibu Hamil Shaklee untuk kencing manis :

✅Vitalea – mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan 

✅B-complex – Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga 

✅Vitamin C – memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah 

✅Ostematrix – membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin

✅ESP – sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.

✅OMEGA Guard – Diperbuat daripada minyak ikan tulen & bukannya lemak seperti brand yang lain. Diambil semasa trimester ke 2 & ke 3 kehamilan. Omega guard membantu mengawal tahap kolestrol dan menghalang terjadinya diabetes dikalangan ibu hamil.


Jika anda rasa info ni sgt bagus, jangan lupa share tau.. sharing is caring...
Untuk pesanan dan keterangan lanjut, anda boleh terus Whatsapp / SMS 017-238 4465

linda najib

Mama kpd dua org hero, isteri kpd suami yg soleh dan penyayang, anak kpd bonda dan ayahdanda yg ohsem dan ingin menjadi..kaya, berjaya, jutawan, hartawan, dermawan yang solehah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan