Permohonan Permit Van Sekolah



Sambil-sambil cik salmah tunggu kaunter KPDNKK kt putrajaya ni bukak jam 2.45pm ni, meh la cik salmah nk cerita skit. Almaklomla, sesi persekolahan dah nak bermula, persiapan untuk anak-anak mestila semua dah selesai kan.



Nak cerita skit pasal pengangkutan sekolah anak-anak bagi ibu bapa yang bekerja. 

Dan ada juga di kalangan kita ni mencari pendapatan sampingan melalui perkhidmatan van sekolah ni kan. 

Ni ada sedikit info untuk korang.

Bagi pemandu-pemandu van tidak bepermit pula, mungkin ada yang masih tidak tahu bagaimana caranya untuk memohon permit van sekolah. Ada juga di kalangan mereka yang merasakan sukar untuk meluangkan sedikit masa untuk membuat permohonan. Sebilangan besar merasakan malas untuk berurusan dengan SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) dan tidak sanggup untuk memenuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh SPAD.

Kebaikan memohon permit van sekolah:

  • Insurans disediakan bagi melindungi penumpang
  • Kenderaan juga berada dalam keadaan selamat oleh PUSPAKOM
  • Semua kelengkapan keselamatan disediakan oleh pemandu
  • Kenderaan juga didaftarkan dan tidak berlaku penyalahgunaan permit
Cara memohon permit van sekolah:

Pastikan anda sudah mendafatar peniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Sila layari laman web SPAD atau klik http://www.spad.gov.my/sites/default/files/permohonanbaharu-bas_0.pdf untuk muat naik turun borang permohonan van sekolah.
Isi borang dengan lengkap dan boleh hantar ke pejabat SPAD terdekat.
Sila lampirkan semua dokumen yang diperlukan seperti:

  • Bayaran proses permohonan sebanyak RM10.00 bagi setiap permit kenderaan yang dipohon
  • Salinan SSM/Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Sijil Pendaftaran Koperasi
  • Dokumen pengesahan meletakkan kenderaan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah & Galian (PTG), Felda/Surat Pengesahan Syarikat/Surat kebenaran pemilik tapak
  • Bukti kewangan (sekurang-kurangnya 30% dari jumlah harga kenderaaan); salinan penyata bank 3 bulan terkini dan diakui sah oleh pihak bank/salinan surat kelulusan pinjaman dari bank (jika ada)/salinan slip simpanan tetap (jika ada)/ salinan sumber-sumber lain kewangan seperti ASB/Tabung Haji dan lain-lain.
  • Surat wakil (jika berkaitan)
  • Salinan Laporan teraudit tahunan yang terkini (untuk syarikat Sdn Bhd/Bhd yang mendapat Sijil Pengecualian Pertubuhan/Koperasi/Persatuan)
  • Salinan Penyata Untung Rugi peniagaan yang terkini ( untuk milikan tunggal & perkongsian)
Bagi sesiapa yang kurang faham mengenai maklumat di atas boleh berhubung terus dengan pihak SPAD berhampiran anda.
 
Jangan lupa, pastikan kesihatan anak-anak dijaga demi masa hadapan mereka.

linda najib

Mama kpd dua org hero, isteri kpd suami yg soleh dan penyayang, anak kpd bonda dan ayahdanda yg ohsem dan ingin menjadi..kaya, berjaya, jutawan, hartawan, dermawan yang solehah..amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan